unnamed
GEORGE TOWN, 7 Nov (Bernama)Mengenai penularan wabak denggi yang sangat membimbangkan tahun ini, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri dalam Bajet 2015 bersetuju memulakan inisiatif baharu dalam menangani masalah denggi dengan memperkenalkan pemasangan ‘Mosquito Magnet’ di beberapa lokaliti wabak yang kronik di negeri ini.

“Mosquito Magnet adalah satu teknologi daripada Amerika Syarikat dan untuk permulaan, satu projek perintis akan dimulakan selama enam bulan di dua lokaliti iaitu Taman Perai Jaya di daerah Seberang Perai Tengah dan Tingkat Paya Terubong di daerah Timur Laut.

“Kos yang dianggar projek perintis ini ialah RM110,000. Jika selepas enam bulan, alat itu didapati berjaya mengurangkan populasi nyamuk, kerajaan negeri bersedia membelanjakan RM1 juta bagi memasang 137 alatan Mosquito Magnet di seluruh negeri,” katanya.

— BERNAMA  http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=1083159&cat=ut